ITALI 0NATAL: Jaringan tunggal penuh dramatik daripada kapten, Diego Godin membawa Uruguay mara ke pusingan kedua Piala Dunia hasil kemenangan 1-0 ke atas Itali dalam perlawanan penuh kontroversi Kumpulan D di Stadium das Dunas, sebentar tadi.
Kekalahan menyaksikan Itali yang juga juara dunia empat kali tersingkir dan mengulangi derita empat tahun lalu di Afrika Selatan sekalipun hanya memerlukan seri untuk mara dengan gol menerusi tandukan Godin hadir ketika perlawanan berbaki sembilan minit.
Hampir menurunkan skuad sama ketika menundukkan England 2-1, minggu lalu, tiada gol berjaya dijaringkan Uruguay pada babak pertama dengan perlawanan lebih dikuasai Itali sebelum perlawanan bertambah panas di babak kedua.
Detik malang Itali bermula pada minit ke-58 perlawanan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Claudio Marchisio menerima kad merah kerana mengasari Egidio Arevalo Rios.
Dan perlawanan semakin panas apabila penyerang utama Uruguay, Luis Suarez dilihat jelas menggigit pertahanan Itali, Giorgio Chiellini beberapa minit sebelum Godin menjaringkan gol namun tiada tindakan diambil.
Gol Uruguay terhasil selepas Godin yang juga pemain Atletico Madrid melonjak tinggi untuk menyambut sepakan sudut menerusi belakangnya yang menewaskan Gianluigi Buffon.
Kedua-dua pasukan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan gol selepas masing-masing mencatat satu kemenangan dan satu kekalahan kedua-duanya kepada Costa Rica yang sudah mengesahkan slot lebih awal. Kemenangan begitupun sekadar meletakkan Uruguay selaku naib juara juara kumpulan selepas mengumpul enam mata.sumber BH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan