BELO HORIZONTE: Costa Rica melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia dengan rekod bangga berjaya ‘menyekat tiga bekas juara’ apabila seri 0-0 ketika menentang England dan sekali gus menjuarai Kumpulan D, sebentar tadi. Costa Rica yang sudah pun terjamin tiket ke kelompok 16 terakhir sebelum bermula perlawanan bertindak selesa mengekang England yang melakukan sembilan pertukaran ke atas pasukan yang tewas 1-2 kepada Uruguay tempoh hari.
Apa pun, perlawanan ini tidak banyak menjelmakan ancaman depan pintu gol daripada kedua-dua pasukan dan juga tanpa banyak saat-saat mendebarkan.
Penjaga gol England, Ben Foster berjaya menyentuh bola dengan hujung jari untuk menafikan percubaan Celso Borges pada minit ke-23 hasil sepakan percuma manakala dua rembatan Daniel Sturridge tersasar ketika England yang menguji barisan baru berjaya pulang dengan sedikit penghormatan.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah penyertaan The Three Lions tersingkir pada pusingan pertama sejak 1958.
Costa Rica menyudahkan cabaran dengan himpunan tujuh mata dan kemungkinan berdepan naib juara Kumpulan C - Ivory Coast, Jepun atau Greece. Uruguay muncul naib juara Kumpulan D dan akan menentang juara Kumpulan C - mungkin Colombia selepas menewaskan Itali 1-0 sebentar tadi. Itali mendapat tempat ketiga dengan tiga mata dan England tercorot dengan hanya satu mata. - Reuters
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
babab

pak lah to be laid to rest in warriors mausoleum

perbelanjaan menggunakan kereta proton e mas 7

resipi kuih peria yang sedap mudah tip bentuk jadi...

biografi tun abdullah ahmad badawi

back to the future why y2k fashion is making a maj...

unleash your inner artist learn how to paint

mastering the road learn driving theory for a soli...

sharing the road with trucks a safety guide for dr...

raub mp arrested over obstruction claims

hari pekerja 2025 sejarah tema sambutan

spontan perempuan itu menghulurkan salam

mangkuk seramik bunga tulip

kemas kini pasaran saham as pada 11 april pembetul...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan