Fasha Sandha dimadukan? Benar, itulah watak yang
bakal dimainkan Fasha Sandha sebagai Hana, isteri mithali yang memendam
rasa apabila dikejutkan dengan kehadiran orang ketiga dalam sebuah drama
rantaian di slot Lestary berjudul “Selamat Pengantin Madu”. Drama yang
menemui penonton TV3 bermula 3 September lalu, disiarkan setiap hari
Rabu & Khamis, jam 9.00 malam dan setiap Khamis, 9 malam bermula
Oktober nanti, membariskan pelakon terkenal seperi Fasha Sandha, Aiman
Hakim Ridza, Eina Azman, Kuza, Falisha Crossley, dan Ieda Moin.
Selamat Pengantin Madu mengisahkan Hana (Fasha Sandha) yang mengecapi
kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Zulkifli (Aiman Hakim Ridza)
tiba-tiba dilanda tamparan hebat dengan kehadiran orang ketiga dalam
hidup mereka. Lebih buruk apabila orang ketiga itu sah bergelar madunya.
Bersiaran sebanyak 13 episod, drama arahan Ibrahim Ilyas untuk
produksi Pesona Pictures itu mempertaruhkan Fasha Sandha dan Aiman Hakim
Ridza sebagai teraju utama Selamat Pengantin Madu. Penuh dengan elemen
kekeluargaan dan cabaran bermadu, drama itu dilihat bakal mendapat
tempat di hati para penonton.
Fasha Sandha membawakan watak Hana seorang isteri mithali yang
melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya
yang tersayang, Zul. Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah
mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga
bahagia. Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik.
Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di
sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang
taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama
keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila
di luar waktu kerja.
Zul pula memang menjalankan tugasnya sebagai suami yang
bertanggungjawab. Dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan
Zul seorang yang mudah didampingi. Namun sebermula kisah ini
dikembangkan, wujud seorang lagi watak antagonis lakonan Eina Azman
sebagai Masmira. Kewujudan wataknya yang mulanya misteri kini menjadi
tamparan hebat buat Hana. Apatah lagi apabila menerima sepucuk surat
menceritakan wanita itu telah diperisterikan Zul.
Wanita mana yang sanggup dimadukan? Lantas dunia Hana gelap seketika
cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul. Sebaik
mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris.
Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya
agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan
perubahan positif.
Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul
telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba
menjayakan rumah tangganya. Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan
sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih
sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira bakal cuba memiliki
Zul sepenuhnya. Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira?
Saksikan “Selamat Pengantin Madu” di slot Lestary setiap hari Rabu dan
Khamis jam 9.00 malam hanya di TV3 untuk mengetahui apakah yang bakal
terjadi kepada keluarga Hana.
***Slot Lestary akan bersiaran pada hari Khamis sahaja jam 9.00 malam
bermula Oktober nanti. Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan
terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my
serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia.
TONTON ONLINE - SEMUA EPISODE
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
babab

tamadun islam dan tamadun asia 1 kungfu panda

20 perbezaan lelaki perempuan secara saintifik 18f...

abang long rajin

sekitar pengambaran teaser filem amukan kuntilanak

pulang ke rumah untuk buat kejutan lelaki ini mera...

sokong kedai fama kuala pilah

resepi air kathira

inilah burung paling bahaya dan di takuti di dunia

ini kelebihan lelaki memilih wanita yang tak suka ...

14 baju pengantin dodot

showtime 1958 kisah sebenar studio jalan ampas sin...

panduan menjana pendapatan di rumah

apa yang perlu kita tahu tentang proses pembentuka...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan